Tuesday, 28 October 2025
  • Home  
  • Takaful Kemalangan Diri untuk Gaya Hidup Aktif: Kaki Bola, Hiker, Konvoi
- Takaful Kemalangan Diri

Takaful Kemalangan Diri untuk Gaya Hidup Aktif: Kaki Bola, Hiker, Konvoi

Aktif bersukan, hiking atau konvoi? Takaful kemalangan diri lindungi anda 24 jam

Terseliuh bukan sebab panjat Everest. Kadang cuma sebab main bola depan rumah waktu petang.

Ramai Fikir: “Takaful Ini Untuk Yang Ekstrem Sahaja.”
Yang panjat gunung.
Yang terjun udara.
Yang bawa superbike 200km/j.

Tapi hakikatnya?

📌 Terseliuh masa main bola
📌 Jatuh masa mop lantai
📌 Anak tersepit pintu main lari-lari

Kemalangan tak tanya kita kerja apa, duduk mana, umur berapa.

Kemalangan Kecil, Kos Besar
Bila kita jatuh…

– Klinik panel RM80
– X-ray RM200
– MC 2 minggu = gaji tak masuk
– Sewa rumah? Bil air & api? Tetap kena bayar

Inilah realiti kos kecil-kecil ini yang ganggu hidup bila tak bersedia.

Ramai Kata Dah Cukup: “Saya Dah Ada SOCSO.”
Bagus. Tapi ingat:

– Hanya sah kalau waktu kerja
– Hanya sah kalau berkaitan kerja
– Kena ikut prosedur & laporan majikan

Jadi kalau jatuh masa hiking?
Kalau terseliuh masa cuti raya?

SOCSO tak cover.

“Saya Ada Medical Card.”

Itu bagus. Tapi tahu beza ni: Jika Terseliuh Kaki Waktu Turun Tangga Rumah

Medical Card Takaful Kemalangan Diri
Bayar bil Klinik ❌ Bayar bil Klinik ✔
Pampasan tunai (MC) ❌ Pampasan tunai (MC) ✔
Elaun masuk wad ✔ Elaun masuk wad ✔
Patah/ Terbakar ✔ Patah/ Terbakar ✔
Elaun Kerja Ringan ❌ Elaun Kerja Ringan ✔

Di Sini Fungsi Takaful Kemalangan Diri
Bukan pengganti. Tapi pelengkap.

  • Untuk yang aktif
  • Untuk yang berjaga-jaga
  • Untuk yang tak nak susahkan orang

Apa Anda Akan Dapat?
Pampasan Tunai
Kalau tak boleh kerja, MC panjang, atau hilang upaya

Elaun Wad Harian
Bayaran setiap hari jika dirawat akibat kemalangan

Kos Rawatan Ringan
Rawatan klinik, X-ray, ubat – boleh tuntut semula

Perlindungan 24/7
Tak kira lokasi atau masa

Boleh Tambah Keluarga
Anak kecil? Pasangan? Ada pelan yang cover mereka juga

Kos Serendah RM50 Sebulan
Harga kopi hari-hari lebih mahal.

  • Siapa Patut Pertimbangkan?
  • Kaki bola, kaki hiking, kaki kayuh
  • Rider harian, pemandu e-hailing
  • Freelancer yang tiada SOCSO
  • Ibu bapa aktif dengan anak kecil
  • Sesiapa yang hidup aktif & tak suka menyusahkan orang

Pelan untuk Ini Untuk Orang Bersedia
Ramai jaga kesihatan. Ramai jaga keluarga. Tapi siapa jaga kita kalau terseliuh, kena MC 3 minggu, dan tak ada gaji masuk?

Nak minta bantuan pasangan?
Nak pinjam dari mak ayah?

Tak perlu.

Biar pelan kecil bantu kita hadap hari sukar dengan tenang.

Kalau kita boleh rancang trip hiking 2 bulan awal,
Kenapa tak rancang pelan perlindungan hari ini?

Awak Mungkin Suka Artikel Ini

Kad Perubatan Sendiri atau Group Policy Majikan Paling Tahan

Keunikan Kombinasi Hibah Plus Income Protection

Hospital Kerajaan Semakin Padat, Apa Pilihan Yang Kita Ada?

5 Mitos Tentang Hibah Takaful Yang Ramai Masih Salah

Apa Itu Life Takaful atau Takaful Hayat

How useful was this post?

Click on a star to rate it!

Average rating 4.5 / 5. Vote count: 2

No votes so far! Be the first to rate this post.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Takaful Malaysia - Takafulz.com

Takafulz – Portal Takaful Malaysia.

Perlindungan Gaji| Kad Perubatan Hospital | Pelan Kemalangan Peribadi | Sakit Kritikal
Disampaikan sepenuhnya dalam Bahasa Melayu.

Email Us: admin [a] takafulz.com

Daftar untuk Terima Buletin Kami

Langgan buletin kami untuk dapatkan artikel terkini terus ke emel anda!

Takafulz.com  @2025. Hak Cipta Terpelihara. Ditulis dalam Bahasa Melayu untuk tujuan pendidikan & literasi kewangan.