“Takaful ni bagus… tapi mahal lah. Nanti-nantilah dulu.”
Kalau ya, anda bukan seorang saja yang rasa begitu.
Ramai orang dah ada kesedaran tentang pentingnya perlindungan kewangan. Tapi bila sampai bab caruman bulanan, ramai yang rasa berat nak mula.
Persoalannya sekarang,
🔍 Betul ke takaful memang mahal sangat?
Atau sebenarnya kita belum betul-betul faham cara ia berfungsi?
1. Ingat Semua Pelan Kena Bayar RM300 ke atas setiap bulan
Ramai orang beranggapan bahawa bila nak ambil takaful, mesti perlu sediakan bajet besar.
Tapi sebenarnya, ada pelan serendah RM50 hingga RM100 sebulan bergantung kepada jenis perlindungan.
Takaful bukan satu pelan untuk semua orang. Ia boleh disesuaikan mengikut keperluan dan kemampuan. Anda boleh mula dengan perlindungan asas terlebih dahulu dan tingkatkan kemudian bila keadaan kewangan lebih stabil.
2. Takaful Tiada Nilai Apabila Masih Sihat/ Kemalangan
Selagi belum diuji dengan sakit serius atau masuk hospital, ramai rasa takaful macam kos tambahan yang tak perlu.
Tapi bila diuji, waktu itulah kita akan terasa betapa besarnya nilai perlindungan.
Kos rawatan apendiks di hospital swasta boleh mencecah RM10,000
Rawatan kanser pula boleh menelan belanja puluhan ribu ringgit
Dalam situasi begini, caruman takaful RM100 sebulan terasa sangat kecil dan berbaloi.
3. Belanja Banyak Untuk Hiburan
Cuba semak semula perbelanjaan bulanan.
Langganan hiburan seperti Netflix, langganan muzik, penghantaran makanan, minuman premium setiap pagi, semuanya kita bayar tanpa rasa susah.
Tapi bila tiba bab takaful RM90 sebulan, atau peruntukan 10% dari gaji kita ramai mula berkira-kira.
Kenapa kita sanggup belanja untuk hiburan sementara, tapi rasa berat untuk perlindungan pendaaptan jangka panjang?
4. Tiada Maklumat Benar Tentang Takaful
Ada yang baru nak kenal takaful, tapi terus ditawarkan pelan lengkap yang mencecah ratusan ringgit sebulan.
Sebenarnya, langkah pertama dalam ambil takaful sepatutnya bermula dengan memahami keperluan dan bajet diri sendiri.
Ramai yang kurang faham, tapi malu nak bertanya, sebab risau nampak tak tahu apa-apa.
Biarkan orang kata kita tak tahu apa-apa tentang takaful, yang penting kita mula belajar.
5. Tak Faham Apa Sebenarnya Kita Bayar
Bila kita tak tahu manfaat yang ada, semua pelan akan kelihatan mahal.
Tapi bila anda tahu apa yang lindungi:
📌 Hari kita tiada gaji apabila masuk hospital
📌 Hari bila kita tak berdaya nak bawa pendapatan ke rumah sebab kemalangan
📌 Hari bila kita telah sakit dan tidak dapat bayar bill dan hutang bulanan
📌 Hari apabila kita perlukan rawatan 1st class dari pakar perubatan
Takaful bukan perbelanjaan semata-mata, tapi satu bentuk perlindungan kewangan peribadi.
Cuba Tanya Diri Sendiri…
Kalau saya jatuh sakit esok, siapa akan tanggung kos rawatan?
Kalau saya tak boleh kerja selama tiga bulan, siapa akan jaga keluarga saya?
Takaful bukan untuk orang kaya. Ia untuk orang yang mahu bersedia.
Dan persediaan itu tidak semestinya bermula dengan duit. Ia bermula dengan ilmu.
Jom Belajar Takaful Sama-Sama
Kami di Takafulz.com percaya bahawa takaful bukan tentang produk semata-mata. Ia tentang perlindungan, kesedaran dan persediaan hidup.
Kalau anda masih rasa ragu, tak pasti, atau tak tahu nak mula dari mana, tak mengapa.
Jangan ambil takaful sampai anda faham. Belajarlah dulu.
Di Takafulz.com, kami sediakan artikel, kisah benar, analogi mudah dan panduan langkah demi langkah semuanya untuk bantu anda:
✅ Faham takaful dengan lebih jelas
✅ Tahu hak dan pilihan sendiri
✅ Buat keputusan berdasarkan ilmu
Klik follow, baca artikel-artikel lain atau join komuniti belajar takaful bersama kami.
Tiada tekanan. Hanya pengetahuan.
Kerana apabila anda bersedia, anda akan tahu bila masa terbaik untuk dilindungi.
Awak Mungkin Suka Artikel Ini
Kad Perubatan Sendiri atau Group Policy Majikan Paling Tahan
Keunikan Kombinasi Hibah Plus Income Protection
Hospital Kerajaan Semakin Padat, Apa Pilihan Yang Kita Ada?
5 Mitos Tentang Hibah Takaful Yang Ramai Masih Salah
Apa Itu Life Takaful atau Takaful Hayat
[simple-author-box]


