Medical Inflation Survival Calculator
Medical card anda mungkin kelihatan mencukupi hari ini. Namun persoalannya adakah ia akan kekal mencukupi dalam beberapa tahun akan datang?
Kalkulator ini mensimulasikan kesan inflasi perubatan terhadap perlindungan semasa anda, berdasarkan tempoh masa yang dipilih.
Adakah Medical Card Anda Kekal Mencukupi Dalam 5–20 Tahun Akan Datang?
kemaskini: 12 Disember 2025
Masukkan Maklumat Perlindungan Semasa
Kiraan ini untuk tujuan simulasi perancangan, bukan cadangan produk muktamad.
Ringkasan Simulasi
Nilai Sebenar Perlindungan
—
Anggaran Kos Rawatan
—
Potensi Jurang Perlindungan
—
Tahun Risiko Mula Terbentuk
—
Masa Semakan Disyorkan
—
Graf ini menunjukkan perbandingan antara had perlindungan semasa dan anggaran kos rawatan dari tahun ke tahun.
Contoh Ciri Perlindungan Yang Biasanya Membantu Mengurus Inflasi Perubatan
Berdasarkan simulasi ini, tekanan utama terhadap perlindungan biasanya datang daripada inflasi perubatan dan rawatan berskala besar.
Dalam perancangan perubatan semasa, pelan yang lebih tahan inflasi lazimnya mempunyai ciri seperti:
- Had tahunan yang lebih tinggi
- Struktur perlindungan jangka panjang
- Manfaat rawatan hospital swasta dan penyakit kritikal
- Fleksibiliti untuk semakan semula mengikut fasa kehidupan
Sebagai contoh, pelan perlindungan perubatan generasi baharu seperti Zurich MediaFya direka untuk memberi ruang perlindungan yang lebih luas dalam jangka sederhana hingga panjang, bergantung kepada struktur dan pilihan individu.
Ciri dan manfaat sebenar bergantung kepada terma polisi dan pilihan perlindungan. Penerangan ini adalah contoh umum untuk tujuan pemahaman.
Simulasi ini membantu memberi gambaran, bukan cadangan produk muktamad. Struktur pelan perubatan sebenar melibatkan pelbagai faktor yang tidak dapat ditentukan sepenuhnya melalui kalkulator.
Perbincangan dengan advisor berdaftar membantu menilai sama ada struktur perlindungan sedia ada masih selesa, atau memerlukan semakan berdasarkan keperluan individu.
Untuk kefahaman yang lebih jelas, tanpa sebarang kewajipan.
Soalan Lazim
Kenapa nilai perlindungan berubah apabila tempoh lebih panjang?
Nilai sebenar perlindungan menurun kerana kesan inflasi perubatan. Had medical card mungkin kekal sama, tetapi kos rawatan meningkat dari tahun ke tahun.
Adakah ini bermaksud lebih baik jika rawatan berlaku lebih awal?
Tidak. Simulasi ini bukan menggalakkan rawatan awal, tetapi membantu menunjukkan bagaimana masa mempengaruhi jurang antara had perlindungan dan kos rawatan.
Inflasi perubatan diset pada nilai lalai 16% setahun untuk tujuan simulasi. Nilai sebenar mungkin berbeza mengikut masa dan polisi. Kalkulator ini memberi anggaran perancangan dan tidak menggantikan nasihat profesional.
Versi kalkulator: V3.7 · dikemaskini Disember 2025
Methodology: Cara Kalkulator Medical Inflation Menilai Risiko Anda
Bahagian metodologi ini menerangkan bagaimana kalkulator inflasi perubatan menganggarkan kos rawatan masa depan, siapa yang sesuai menggunakannya, dan bagaimana keputusan perlu ditafsir untuk menilai kecukupan medical card.
Kalkulator Medical Inflation membantu pengguna menilai sama ada annual limit medical card mereka masih relevan untuk menampung kos rawatan pada masa hadapan, mengambil kira kadar inflasi perubatan yang meningkat.
Ia dibina sebagai alat saringan awal (pre-assessment) berasaskan amalan perancangan perlindungan perubatan yang lazim digunakan oleh advisor takaful di Malaysia.
- Anggaran kos rawatan masa depan berdasarkan inflasi perubatan.
- Perbandingan jelas antara future cost dan annual limit semasa.
- Petunjuk awal sama ada medical card anda masih “survive”.
Keputusan yang dipaparkan adalah panduan pendidikan kewangan, bukan jaminan perlindungan atau kelulusan hospital. Ia bertujuan membantu anda memahami risiko lebih awal sebelum membuat sebarang semakan pelan.
Komponen Analisis Medical Inflation
- Kos rawatan semasa sebagai rujukan asas.
- Kadar inflasi perubatan tahunan.
- Annual limit medical card sedia ada.
- Tempoh masa sebelum rawatan berpotensi berlaku.
Setiap komponen dianalisis secara berasingan sebelum digabungkan untuk menunjukkan jurang perlindungan yang mungkin wujud akibat inflasi perubatan.


