Tuesday, 28 October 2025
  • Home  
  • Kos Rawatan Terus Melonjak, Adakah Kad Perubatan Anda Masih Cukup?
- Sensasi Takaful

Kos Rawatan Terus Melonjak, Adakah Kad Perubatan Anda Masih Cukup?

Kos rawatan perubatan di Malaysia terus meningkat, dan ramai masih belum semak semula kad perubatan mereka. Ketahui mengapa pelan anda mungkin sudah tidak mencukupi dan apa tindakan bijak yang patut diambil.

Bila sakit datang, bukan tubuh saja yang terkesan. Kewangan pun boleh rebah sama.

Kos rawatan perubatan di Malaysia kini sedang menaik dengan lajunya.
Bukan sekadar naik sikit-sikit tapi naik dengan kadar yang boleh buat simpanan 20 tahun hilang dalam masa 2 minggu.

Dan ya, itu bukan andaian. Itu kenyataan.

12.6% — Angka Yang Patut Buat Kita Terjaga

Menurut laporan terkini, kadar inflasi perubatan di Malaysia mencecah 12.6% pada 2023 hampir dua kali ganda berbanding purata global.

Kos rawatan RM10,000 hari ini mungkin jadi RM11,260 tahun depan.
Dan itu belum masuk bil farmasi, ujian makmal, dan bil-bil kecil yang akhirnya jadi besar.

Realitinya? Ramai yang terkejut bila tengok bil hospital bukan sebab mereka tak bersedia, tapi sebab mereka sangka kad perubatan akan lindung semuanya.

Kad Lama, Teknologi Perubatan Baru

Ramai masih guna pelan yang dibeli lima, mungkin sepuluh tahun lalu.
Masa tu, had tahunan RM30,000 dah rasa macam ‘dinding yang tinggi’.

Tapi hari ini, bill seminggu di ICU pun boleh cecah angka tu.

Pelan yang dulu “lebih daripada cukup” kini mungkin hanya cukup untuk permulaan rawatan.

Soalnya sekarang: pelan anda masih cukup, atau dah lapuk ditelan zaman?

Bila Sakit, Baru Tahu Polisi Tak Cover?

Jangan tunggu saat terlantar baru buka buku polisi.

Ramai tak tahu pelan mereka ada deductible, ada co-payment, atau hanya sah di hospital panel tertentu.

Dan ramai juga tak tahu bahawa kalau silap masuk hospital mereka boleh kena bayar dahulu, baru tuntut kemudian. Dan bukan semua tuntutan lulus.

Tak tahu itu bukan alasan. Tak bersedia itu kesilapan.

 

Industri Pun Tengah Bertindak, Tapi Sementara Tu?
Pihak industri kini cuba bendung gelombang kos yang makin agresif:

  • Perkenalkan sistem DRG – rawatan dibil mengikut penyakit, bukan ikut budi bicara hospital.
  • Galakkan ketelusan harga.
  • Bank Negara mula kawal kenaikan caruman supaya tak menekan pengguna.
  • Tapi semua ini ambil masa. Dan kita tak boleh tangguh persiapan semata-mata nak tunggu sistem berubah.

Kalau Begitu, Apa Yang Kita Boleh Buat?

Audit pelan sedia ada.
Bukan sekadar tahu nama syarikat fahami had, faedah, dan syarat pengecualian.

Semak hospital panel.
Bukan semua hospital terima kad anda. Pilih hospital panel untuk elak kejutan.

Fahami istilah penting.
Deductible, co-payment, lifetime limit jangan “confuse” sendiri. Bertanya jika tak tak pasti.

Naik taraf jika perlu.
Lebih baik tambah RM50 caruman sekarang daripada cari RM50,000 kemudian.

Kos rawatan sedang naik,  bukan cakap-cakap kedai kopi, tapi angka dalam laporan.
Dan kad perubatan takaful hari ini bukan lagi soal pilihan. Ia satu keperluan.

Lebih daripada itu, pelan yang baik bukan sekadar ada tapi kena sesuai dengan keperluan kita sekarang.

Berkawanlah dengan takaful hari ini.
Supaya bila hari susah tiba, anda tak perlu susahkan keluarga atau kawan pejabat.
Kerana dengan takaful, anda dah buat pilihan yang betul lebih awal.

Awak Mungkin Suka Artikel Ini

Kad Perubatan Sendiri atau Group Policy Majikan Paling Tahan

Keunikan Kombinasi Hibah Plus Income Protection

Hospital Kerajaan Semakin Padat, Apa Pilihan Yang Kita Ada?

5 Mitos Tentang Hibah Takaful Yang Ramai Masih Salah

Apa Itu Life Takaful atau Takaful Hayat

 

How useful was this post?

Click on a star to rate it!

Average rating 4.5 / 5. Vote count: 2

No votes so far! Be the first to rate this post.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Takaful Malaysia - Takafulz.com

Takafulz – Portal Takaful Malaysia.

Perlindungan Gaji| Kad Perubatan Hospital | Pelan Kemalangan Peribadi | Sakit Kritikal
Disampaikan sepenuhnya dalam Bahasa Melayu.

Email Us: admin [a] takafulz.com

Daftar untuk Terima Buletin Kami

Langgan buletin kami untuk dapatkan artikel terkini terus ke emel anda!

Takafulz.com  @2025. Hak Cipta Terpelihara. Ditulis dalam Bahasa Melayu untuk tujuan pendidikan & literasi kewangan.