“Dah Bertahun Bayar, Tapi Tak Pernah Guna. Rasa Rugi…”
“Dah bertahun saya bayar, tapi tak pernah guna pun. Rasa rugi pula…”
Ayat ini kerap kita dengar. Dan secara jujur kadang-kadang memang ada benarnya.
Bukan kerana takaful itu tidak bagus. Tetapi kerana ada situasi di mana kita membayar lebih daripada kemampuan sebenar.
Apabila pelan tidak pernah digunakan, dan kewangan bulanan semakin sempit, rasa “rugi” itu mula muncul.
Bila Takaful Terasa Beban, Selalunya Bukan Salah Pelan
Tapi Cara Kita Menentukan Bajet
Bayangkan pendapatan bulanan RM3,000, tetapi caruman kad perubatan mencecah RM400 sebulan.
Itu bersamaan 13% daripada gaji bulanan.
Belum lagi komitmen lain: kereta, rumah, anak sekolah, keperluan dapur.
Apabila hujung bulan tinggal RM100 dalam akaun, tidak pelik jika kita mula rasa terbeban dan menyalahkan takaful.
Berapa Peratus Pendapatan Patut Diperuntukkan Untuk Takaful?
Berdasarkan perancangan kewangan yang praktikal dan berlandaskan prinsip Islam, kadar yang sihat ialah:
✅ 5% – 7% daripada pendapatan bulanan
- Gaji RM3,000 → RM150 – RM210
- Gaji RM5,000 → RM250 – RM350
- Gaji RM30,000 → RM1,000 masih dianggap munasabah
Yang penting bukan jumlah besar, tetapi selari dengan tahap hidup dan komitmen semasa.
Adakah caruman anda masih selari dengan bajet sebenar?
Gunakan kalkulator ini untuk menilai semula keperluan takaful berdasarkan kemampuan dan komitmen semasa.
Nilai Keperluan Takaful AndaBila Rasa Terbeban, Jangan Terus Tutup Pelan
Apabila kewangan terasa sempit, ramai ambil jalan paling drastik hentikan caruman.
Hakikatnya, itu bukan satu-satunya pilihan.
Pelan boleh disusun semula, antaranya:
- Downgrade pelan
- Tangguhkan rider tertentu
- Gabungkan pelan keluarga
- Buat semakan semula dengan ejen
Menutup pelan sepatutnya opsyen terakhir, bukan reaksi pertama.
“Tak Pernah Claim” Itu Bukan Rugi Itu Petanda Baik
Kad perubatan tak pernah digunakan bukan bermakna duit itu sia-sia.
Sebaliknya, ia bermaksud:
- anda sihat,
- keluarga tidak diuji kecemasan besar,
- dan tiada musibah mahal yang datang tanpa amaran.
Lebih penting, jika sesuatu berlaku esok, simpanan tidak perlu dikorbankan terlebih dahulu.
Ukur Baju Di Badan Sendiri, Tapi Jangan Berjalan Tanpa Payung
Takaful bukan untuk orang kaya. Ia untuk mengelakkan kita jatuh miskin ketika diuji.
Jika pelan terasa berat:
- jangan terus buang,
- betulkan,
- sesuaikan,
- ringankan.
Supaya bila hujan turun, kita masih ada payung walaupun kecil, tetapi cukup untuk berteduh.


