Polisi Privasi Takafulz.com
Tarikh Kuatkuasa: Julai 2025
Privasi anda penting bagi kami. Polisi ini menjelaskan bagaimana maklumat peribadi anda dikumpul, digunakan, dan dilindungi oleh Takafulz.com. Dengan menggunakan laman ini, anda bersetuju dengan terma polisi privasi ini.
1. Siapa Kami
Takafulz.com ialah laman web pendidikan peribadi yang dikendalikan oleh sekumpulan Perunding Takaful. Laman ini bukan milik atau diuruskan oleh Zurich Takaful.
2. Maklumat Yang Kami Kumpul
Kami hanya mengumpul maklumat yang anda berikan secara sukarela melalui:
Borang pendaftaran kerjaya
Borang pertanyaan
Borang langganan e-mel / newsletter
Maklumat ini mungkin termasuk:
Nama penuh
Nombor telefon
Alamat e-mel
Negeri atau lokasi
Status minat kerjaya (sepenuh masa / separuh masa)
3. Tujuan Penggunaan Maklumat
Maklumat yang dikumpulkan digunakan untuk:
- Menghubungi anda berkaitan pendaftaran kerjaya atau pertanyaan
- Menghantar maklumat terkini, artikel atau jemputan ke sesi taklimat
- Memberi khidmat sokongan atau bimbingan awal oleh perunding kami
- Tujuan dalaman untuk menambah baik kandungan dan fungsi laman
- Kami tidak akan menjual, menyewa atau memindahkan maklumat anda kepada pihak luar tanpa kebenaran bertulis, kecuali jika dikehendaki oleh undang-undang.
4. Perlindungan Maklumat
Kami mengambil langkah-langkah keselamatan yang munasabah untuk melindungi maklumat anda daripada akses tidak sah, pendedahan atau pengubahsuaian.
Akses kepada maklumat hanya diberikan kepada pihak yang terlibat secara langsung dalam operasi dan pengurusan kerjaya takaful di bawah rangkaian kami.
5. Akses & Kemaskini Maklumat
Jika anda ingin:
- Menyemak, mengemaskini, atau memadam maklumat peribadi anda
- Menarik balik persetujuan yang telah diberikan
- Menyuarakan kebimbangan berkaitan penggunaan data
- Sila hubungi kami melalui e-mel rasmi yang dinyatakan di bawah.
6. Kuki (Cookies)
Laman ini mungkin menggunakan kuki untuk tujuan analitik pelawat, prestasi laman dan pengalaman pengguna. Anda boleh mengubah tetapan pelayar anda untuk menolak kuki pada bila-bila masa.
7. Pautan Luar
Takafulz.com mungkin mengandungi pautan ke laman pihak ketiga. Polisi privasi ini tidak terpakai untuk laman-laman tersebut. Kami menggalakkan anda menyemak polisi privasi laman lain sebelum memberi sebarang maklumat peribadi.
8. Perubahan Polisi
Polisi ini mungkin dikemaskini dari semasa ke semasa. Sebarang perubahan akan dipaparkan di laman ini bersama tarikh kuatkuasa terkini. Penggunaan berterusan laman ini menunjukkan persetujuan anda terhadap sebarang perubahan.
Hubungi Kami
Untuk pertanyaan berkaitan privasi, sila klik muka hubungi kami.


